3.Membaca Chords Guitar dalam Tab



Membaca kod dalam tab gitar adalah satu proses yang agak mudah. Apabila tab memaparkan satu siri nombor, disusun menegak, ia menunjukkan semua not dimainkan serentak.

Tab di atas menunjukkan bahawa anda perlu mainkan not dalam Kod  E major  (fret kedua pada tali 5 , fret kedua pada tali 4, fret pertama pada tali 3) dan mainkan (strum) semua enam tali sekaligus. 

Selalunya, Tab akan menulis  nama kord (dalam kes ini E major) di atas Tab Staff, untuk membantu pemain gitar mengenali kod dengan lebih cepat.

Membaca Arpeggiated Chords dalam Tab



Tab di atas mengandungi not yang sama yang seperti  E major  yang pertama dibincang pada halaman sebelumnya, tetapi ia akan dimainkan secara berbeza.Dalam keadaan ini, nota dalam kod akan dimainkan satu demi satu, dan bukan serentak.

Secara umumnya, apabila anda melihat chords arpeggiated seperti ini, anda akan memegang bentuk kod keseluruhan sekali gus, dan memainkan 1 tali pada satu masa.

Walau bagaimanapun tab biasa tidak memberikan anda penanda masa, bagi setiap not seperti, quaver,semiquaver, eighth, dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, memainkan lagu melalui tab lebih mudah jika anda sudah tahu lagu dalam tab tersebut.

Biasanya tab dan standard notasi diletakkan bersama-sama.





<<<<BACK                                           NEXT>>>